Konvensyen Eropah mengenai Hak Asasi Manusia
Konvensyen Eropah mengenai Hak Asasi Manusia

Konvensyen Eropah mengenai Hak Asasi Manusia

Konvensyen Eropah mengenai Hak Asasi Manusia atau dalam bahasa Inggeris European Convention on Human Rights atau ECHR (secara formalnya Convention for the Protection of Human Rights and Fundamental Freedoms atau Konvensyen untuk Perlindungan Hak Asasi Manusia dan Kebebasan Fundamental) adalah suatu perjanjian antarabangsa untuk melindungi hak asasi manusia dan kebebasan di Eropah. Digubalkan pada tahun 1950 oleh Majlis Eropah[1] konvensyen ini telah berkuatkuasa pada 3 September 1953. Kesemua negara anggota Majlis Eropah merupakan anggota konvensyen ini dan ahli-ahli baru diwajibkan menjadi anggota seawal yang mungkin.[2]Konvensyen ini memperkenalkan Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah. Rakyat Eropah yang merasakan hak asasinya di bawah Konvensyen ini dicabuli boleh membawa pengaduannya ke Mahkamah ini. Penghakiman yang mendapati bahawa negara anggota telah melanggar hak asasi di bawah Konvensyen ini mengikat negara tersebut dari segi undang-undang dan ia seharusnya bertindak menurut penghakiman tersebut, terutama dari segi pampasan kewangan kepada mangsa pelanggaran hak asasi tersebut. Jawatankuasa Menteri-Menteri Eropah menyelia pelaksanaan kehakiman mahkamah ini. Penubuhan Mahkamah untuk melindungi hak-hak asasi individu difikirkan suatu pendekatan inovatif di bawah undang-undang antarabangsa kerana lazimnya individu bukanlah terlibat secara langsung di bawah undang-undang antarabangsa. Konvensyen Eropah ini masih merupakan satu-satunya konvensyen hak asasi manusia yang memberikan perlindungan tertinggi. Negara anggota juga boleh membawa negara anggota yang lain ke mahkamah melalui Konvensyen ini tetapi ini amatlah jarang. Konvensyen ini mempuyai beberapa protokol-protokol. Sebagai contoh, Protokol 13 melarang hukuman mati. Protokol-protokol ini berbeza antara Negara Anggota ke Negara Anggota yang lain. Tetapi kesemua negara anggota mestilah menjadi anggota kepada seberapa banyak protokol yang mungkin.

Konvensyen Eropah mengenai Hak Asasi Manusia

Bahasa Inggeris dan Perancis
Penandatangan Negara-negara anggota Majlis Eropah
Pemegang simpanan Setiausaha Agung Majlis Eropah
Berkuat kuasa 3 September 1953
Ditandatangani 4 November 1950 di Rom

Rujukan

WikiPedia: Konvensyen Eropah mengenai Hak Asasi Manusia http://assembly.coe.int/Conferences/2009Anniversai... http://assembly.coe.int/Conferences/2009Anniversai... http://assembly.coe.int/Conferences/2009Anniversai... http://assembly.coe.int/Documents/AdoptedText/TA94... http://conventions.coe.int/Treaty/Commun/ChercheSi... http://conventions.coe.int/Treaty/Commun/ChercheSi... http://conventions.coe.int/Treaty/Commun/ChercheSi... http://conventions.coe.int/Treaty/Commun/ChercheSi... http://conventions.coe.int/Treaty/Commun/ChercheSi... http://conventions.coe.int/Treaty/Commun/ChercheSi...